Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



Politeknik Nilai, wujud okay! :) Harap maklum.Thank you

PARAPAPAPA.. Hi hancem and cantik. Buad apa tuh? Tengah online kan, tahu. Kalau tak macammana nak baca apa yang ada kat blog ni :) hihihi. *Okay gurau jea. Jangan makan hati yea.

p/s : gambar ini hanya selingan dan jelingan semata-mata :D Just Kidding

Jam dah menunjukkan 3 pagi and I STILL CANT SLEEP. Sebab apa ntah. Tadi dah elok elok tidur, tersedar. Aipp! Biasa ea dy tdur lambat. Tetiba teringat kat blog. Nak amek ISU SEMASA yang sering kali Myra hadapi bila online.Isu semasa lah sangat, kan :)


Bila Myra chat or orang tanya "Study kat mana?" . Myra jawablah Myra study kat POLITEKNIK NILAI. Then diaorang balas : "Kat Nilai ada Politeknik keA? " . Muka tetiba berubah sambil menjawab : " Ada, cuma baru lagi. " OUHH, baru tahu. Dah biasa menghadapi bila orang tanya cmni. Watlek,watpis,watkool. Politeknik ni baru lagi. Tak silap established on 2007. That time baru form 3. Tak kenal apa itu poli, apa itu KPTM,apa itu MATRIKS. (Be hulu kjap :D )



*Plan politeknik nilai :)

Hah ni laman web rasmi POLITEKNIK Nilai :

Politeknik Nilai memang betul2 wujud k. IT EXIST ! -*nampak macam betul-betul marah kan. Just ACTING jea lebih :) Okay lah dah taktahu nak mengomel apa. Ini je yang ingin dikongsi pada hari ini. Dah tahu kan Politeknik Nilai memang wujud. So jangan tanya lagi ada ke POLITEKNIK kat Nilai . Nak tenagkan fikiran sat. (Tarik nafas,hembus. Tarik nafas,hembus ) Okay take care fellas. Do talk-talk yea. WASALAM :)

P/S: sory tak ada benda yang banyak untuk dibebelkan pada entry kali ini. Lain kali,okay :)

Kena kuat menghadapi hidup





Hi fellas, Alhamdulilah selesai sudah menunaikan solat zohor. korang dah solat ke belum? Harap2 dah:) hihi. Nampak kan gambar kat atas, macam gembira jea kan. Tapi gambar tidak semestinya dapat menyatakan perasaan kita yang sebenar LIKE FAKE EMOTION. haha. Teruk kan. Tapi itulah pekara yang perlu dihadapi. Menghadapi sesuatu yang kita tak jangka. Even benda tuh kita buad atas KEPUTUSAN kita sendiri. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan sesuatu PERHUBUNGAN.

_________________________________________________________



Muslimah sejati pasti akan memberi jawapan ini sekiranya datang lelaki yang ingin minta untuk ber’couple’.
Bercouple?
Lelaki : ‘Saya sudah jatuh cinta pada awak. Saya betul2 nak berubah.. Doronglah saya untuk perubahan saya ni., Saya tak mampu.. Saya perlu dorongan dan sokongan awak’
Perempuan : ‘Saya bukanlah baik sangat.. awak boleh dapat yang lebih baik daripada saya’
Lelaki : ‘Saya yakin awak boleh.. bantulah saya.. Saya betul2 ingin berubah. Selama saya hidup, dalam banyak2 perempuan yang saya jumpa atau couple, awak paling berbeza. Dengan awaklah saya paling banyak berbicara tentang Islam. Saya nak awak..!’
Perempuan :“Saya milik Allah dan ibu bapa saya, kalau mahukan saya mintalah dari mereka..”
---------------------------------------------------------------------------


Actually ini yang Myra tengah lalui, Maaf dipinta kepada awak. Saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya hanya mengikut apa yang Islam syariatkan dan apa yang MAK DAN ABAH saya suruh. Saya sayangkan dan cintakan ISLAM. Saya taknak digolongkan sebagai anak yang derhaka dan muslimah yang tak tahu apa makna CINTA yang sebenar-benarnya mengikut segi HUKUM ISLAM. Saya hanya ingin berubah. Kalau dibanding sebelum saya kenal awak, saya agak jahil dalam menilai apa erti cinta. Saya tengok orang couple, saya pun nak Couple. Tapi sekarang saya sedar. Saya bukan BUTA lagi. Allah berikan saya petunjuk . Alhamdulilah :')



Maaf, terpulang kepada awak nak cakap apa sekali pun. Saya minta apa yang pernah berlaku antara kita biarlah jadi memori dan janganlah sesekali awak mengungkit. Insyallah , awak akan dapat yang lebih baik daripada saya. Saya tak menyesal mengenali awak. Kerana awak antara pekara yang paling indah dalam hidup saya. Awak banyak mengajar saya tentang hidup. Saya takkan sesekali rasa menyesal. Saya cuma mahu mengundurkan diri sebelum terlambat. Maaf dipinta sekali lagi. Pekara yang indah awak simpanlah sebagai MEMORI, tetapi pekara yang PAHIT awak buang lah jauh-jauh.


*Apa yang buruk datang daripada saya dan apa yang baik datang daripada-NYA <3

wassalam.

Mencintai tapi bukan dicintai.

Hi awak awak yang comel yang hensem lagi bergaya. Nampak tajuk ENTRY MYRA kat atas tuh. MENCINTAI TAPI BUKAN DICINTAI. Meletup gitu u'olls hihi. (Meletup lah sgt) kan kan. Gimik je lebih. First of all, Myra nak tanya. Most of us dah rasa pengalaman yang macam tuh kan, kadang susah kita nak jangakakan bila seseorang itu sukakan kita. Nak tanya, mak aihh malu nyea... Tak kiralah lelaki or perempuan. Dua-dua 2x5. HAHA. Oppss! Myra pun pernah rasa, rasanya amat lah teramat sakit.

Entry ni lebih kurang macam bila CINTA YANG DIHARAPKAN DIREJECT TIDAK SEMENA-MENA. Whooaa! ayat nak TERBAKAR. Terbakar kea? IShh, Myra dah stop meleweh awak tuh. Banyak cakap pulak budak nih. karate kang. NAK? :D Okay,okay. Kita continue to the main issue.



Macam yang Myra membebel kat atas tadi, tak kira lelaki or perempuan. Masing2 dah kene . I mean dah ada pengalaman kene reject. MOSTLY (y) f.Y.I, ada banyak sebab kenapa CINTA DIREJECT. Nak tahu mengetahui? MEH , sini Myra TERJEMAHKAN satu persatu.



kepada LELAKI yang telah direject , Ini adalah antara sebab/ faktor kenapa korang semua kene REJECT. Tapi confirm lah bukan semua kan :

*tak matang
tak matang dari segi pemikiran, membuat keputusan, pengurusan dan sebagainya. perempuan suka lelaki yang boleh diharap dan ada masa depan. dah kalau diri sendiri pun dia tak boleh nak handle maknanya dia tak matang la tu. mungkin sebab dia masih muda? atau jiwa dia muda sentiasa tak pernah nak matang-matang.

*kurang mengambul berat
lelaki macam ni jenis buat tak amibik kisah je pasal pasangan. nak buat apa, nak jadi apa die tak kisah. tak marah, tak meghalang dan juga tak menyokong. sesetengah perkara memang seronok sebab terasa bebas tapi kadang-kadang tu nak juga la dia caring pasal kita kan. tapi kalau dah macam tu gayanya kita bako je la.. ;p

*tak serius dalam relationship
em, ni satu perkara yang saya sangat tak faham dengan lelaki. sebab banyak dah pengalaman bukan saya yang mengalami tapi kawan-kawan terdekat. kenapa lelaki sekarang ni kebanyakannya tak serius dalam perhubungan? bila dilihat dari mata kasar dia macam serius, sanggup berkorban untuk kita tapi disebaliknya ada benda yang tersirat. tak tau la pada mereka ni perempuan tu macamane. adakah untuk dipermainkan perasaan mereka sahaja?

*tak menjaga penampilan diri
walaupun anda lelaki penampilan juga penting. contohnya macam cara berpakaian ke, penjagaan muka ke.. semua ni penting tau. supaya anda kelihatan kemas. bila kemas barula sedap mata memandang. walaupun anda tidak di dalam kategori hensem tapi bila anda bijak bergaya secara automatik anda termasuk dalam kategori hensem. believe me! ala tak payah nak bergaya sangat la. cukup sekadar mengemaskan diri je dah bole..


Dan kepada ladies-ladies kat luar sana, ada jugak penyebab kenapa korang kene REJECT :

1. Kamu terlalu banyak bicara
2. Pakaian kamu terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.
3. Kamu tidak tertawa saat dia buat lawak
4. kamu terlalu jujur tentang apa yang kamu inginkan dari hubungan tersebut.
5. Kamu berulang kali membicarakan tentang bekas lelakimu
6. Percakapan yang kamu jalinkan tidak bersangkutan dengan percakapannya
7. Kamu marah-marah kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawa pesananmu
8. Kamu terlalu banyak mengeluh
9. Kamu kerap melihatnya dengan padangan seribu tanda tanya.
AND MOSTLY ada diantara korang yang macam perkataan KAT BAWAH NI :




Okay , thats all MYRA nak share dengan korang semua, kalau ada apa2 pertanyaan sila send kat bos 'JERIT DISINI' and kalau nak komen, silakan. ARIGATO GOZAIMAS, dear :)


WASALAM

MEMBEBEL MENGALAHKAN TREN BERKUASA TINGGI :D



Hi blogger, hi fellas .Kabare? WARASS ngak? Hihi. Dah lama dah kan Myra tak membebel. Malam yang indah lagi permai n, tetiba ada nawaitu nak membebel :D Boleh? (idk, boleh ke tak, Myra nak membebel jugak) hihihi..

Okay, kita mulakan dengan bismillah :) Dah baca? Okay good!. Actually Myra pelik kenapa Myra sekarang suam-suam kuku. Yaa, kadang-kadang Myra boleh jadi PENDIAM sangat (kot) and sometime Myra jadi someone yang KUAT MEMBEBEL. aiyaa! memang kecian lah kepada orang yang selalu kene jadi mangsa Myra membebel. Leboh-lebih lagi melalui fon. Bercakap macam TREN berkuasa tinggi. HAHA, tak henti-henti. Orang tak suka Myra membebel. NERVERMIND. wat lek wat piss (Y) . Myra tak kisah apa yang orang nak cakap. Even kadang2 pendapat dan pandangan orang kita amek berat. Tapi kan selagi Myra tak sakitkan hati dia, orang INTERFRAME hal peribadi dy atau pun menghuru harakan hidup dia. WAT DANGG jea. Masuk telinga kanan, keluar teliga kiri :)

MaK Myra pun banyak membebel, tapi dia membebel ada sebab. FOR MY OWN GOOD. Even kadang-kadang kita tak suka. Tapi kita terpaksa dengar ,lapangkan telinga dan dada untuk mendengar segala luahan dripada MAK kita ynag tersayang ni. Mak, membebel banyak mana pun, muka dia? FUHHH... still awet muda. Manisss jea dipandang :) KAN MAK KAN. Myra suka dengar MAK membebel. Kadang-kadang diri ini jadi PATUNG kejap. DIAM SERIBU BAHASA bila dengar MAK kita ni membebel. AISEYMANNN, wat chill jea ;) MAK pun kan. bukan orang lain. Dia membebel pun ada sebab. Tengok anak dia ni? HAHA, lagi kuat kot membebel. WE SEE ON FUTURE. amboii, jauh fikir :D FOR PREPARATION.

Dengan adik pun Myra kuat membebel, sampai dyeorang naik MUAK. haha. soryylah DEQ, Along memang kuat membebel. Lebih-lebih lagi time korang MALAS nak study. ewah,ewah.. Time nak beli buku latihan . Bukan lagi kau bodek abah suruh beli buku tuh ea. Bila nak buad malas? AMBOI.. banyak cantik. HIHIH (sorry, yg td tuh hanya selingan. FOR EXAMPLE :D )



Ramai orang cakap, NOTE : ORANG CAKAP,BUKAN MYRA CAKAP. Orang cakap Myra ni muka jea sopan, manis (ada kea) :) Tapi bila membebel mengalahkan mak nenek. Taklah sangat nenek tuh bro, dah keterlaluan namanya tuh. hihi. Mulut ni lah, Mana Myra tahu bila dia nak stop. Kena pasang TRAFFIC LIGHT kot baru dia nak stop. HAHA. mulut mana ada traffic light. Apa-apa jelah Myra ni kan kan :)

Maybe ni sifat MYRA or maybe BAKAT Myra yang terpendam kot :D membebel yang tak henti. SORRY AWAK! Myra banyak membebel. MY BAD yea.


wasalamm :)

kenapa tak puas hati?






hi kengkawan. Rasanya macam dah lama Myra takk UPDATE. Sorrylah, sebab kengkangan masa. Banyak yang berlaku sebanyak Myra tak update blog ni. Tapi yang Myra mampu buad hanya simpan dan terus simpan. Myra tak faham kenapa masih wujud manusia yang sentiasa tak puas hati. Memang setiap manusia dikurniakan sifat kesabaran. Tetapi, kesabaran itu is LIMITED EDITION. Ada tahapnya. Memang sakit dipendam, tapi pada siapa nak diluahkan. Hanya tunggu masa nak pulang ke rumah. Ouh my home sweet home, rindunyaa. Kat rumah lah kita boleh jadi tenang, Kalau di bandingkan dengan persekitaran luar. Tension, streess. Macam-macam lagi. Tapi semua itu tak semestinya kita dapat tunjukan secara fizikal atau dari erti kata yang lain, dari segi luaran. Mungkin sebab kita tak mampu..

Politeknik banyak mengajar Myra apa itu erti persahabatan.
Since Myra semester 1 hingga sekarang, semester 3. Pelbagai pekaran terjadi. Hidup ini bukan SEMUDAH yang kita sangka. Tak semua orang sukakan kita. Apa yang kita buad seringkali menjadi perhatian, tatapan orang lain . Mostly apa yang kita buad itu orang lain tak faham. Manusia memang susah difahami mahupun memahami. Kisah kita hanya kita sahaja yang tahu dan faham. Mereka hanya mampu menghakimi.



Kat sini , Myra bukan nak mendedahkan kesalah sesiapa. Tapi cukuplah masing-masing tahu kesilapan sendiri.Masing-masing dah besar. Jangan nak mengaibkan orang lain. sedangkan pekung didada BERBAU BUSUK. Allah itu MAHA ADIL. Apa yang kita buad, akan dibalas balik. SETIMPAL. Benci mana sekalipun kita terhadap sesorang itu, mungkin satu hari nanti orang itu juga yang kita akan cari. Memang betul kata ini "KAWAN SUSAH MEMANG SUSAH NAK CARI, TAPI KAWAN SENANG, SEKALI PETIK BERDUYUN YANG DATANG" . Kau menipu orang lain, nescaya satu saat kau pasti akan ditipu. Malah lebih teruk daripada kau menipu orang lain itu.


wasalam.

:[


Ya, allah ya tuhanku. Tenangkanlah jiwaku dalam menghadapi semua ini. Ramai manusia telah wujud disebabkan prasangka. Kuatkan lah diri ku ini. Janganlah sesekali imanku rapuh disebabkan hal sebegini. Jadikanlah aku seorang yang kuat menghadapi dan menempuh dugaan.

Sakit Gigi :'(


Hi kengkawan ku sekalian :) Hari ini Myra nak update pasal SAKIT GIGI. Kornag penah alami tak? Mostly pernah kan. Ini lah yang Myra tengah alami sekarang. Dah nak masuk sweminggu. Sakit yang teramat sangat. Nak kata sakit gigi. Kenapa lama sangat? Tapi kadang-kadang sakit gigi ini bila dy nak sembuh pun kita tak dapat jangkakan ;) Tapi kes Myra ni lain . Gigi nak tumbuh. Mean, Gigi geraham Myra nak tumbuh. In 20 years old, Gigi baru nak tumbuh. Tapi itu semua not impossible kan :) Perit sangat rasanya bila kene SAKIT GIGI ini. Makan ubat tahan sakit yang mampu :/ Tapi Myra dah SURVEY MURVEY, ada tips ataupun petua yang mampu menyembuhkan sakit gigi ini. Moh kita tgok moh :)

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.