-------------------
---------------------
Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.
2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.
3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.
4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.
5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.
6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.
7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.
8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!
9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.
10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!
-----------------
----------------
1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s
his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.
4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.kan kan kan..Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.
6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…
-------------------------
-------------------------
1-Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2-Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3-Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4-Jujur dan sentiasa merendah diri.
5-Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6-Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7--Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8-Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9-Jangan terlalu mengongkong.
10-Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11-Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12-Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk plan pertama memikat dirinya.
13-Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14-Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15-Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16-Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17-Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18-suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19-Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20-Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21-Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22-Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23-Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24-Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25-Mengetahui bila hari lahirnya.
26-Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27-Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28-Manja!
29-Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30-Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
31-Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik
32-Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33-Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34-Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35-Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36-Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37-Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38-Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39-Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40-Jangan bersikap terlalu kuno.
41-Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42-Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43-Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44-Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45-Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46-Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47-Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48-Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49-Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50-Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu.
No comments:
Post a Comment