Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



LELAKI EGO??

ASSALAMUALAIKUM FELLAS ...
today myra nk share sedikit tips ngn KORANGKORANG semua..
pasal LELAKI and EGO..




*Hendaklah sentiasa tersenyum (bukan pura-pura senyum) dan jangan bersikap sombong etika sedang berinteraksi dengan mereka.
*PEREMPUAN zaman sekarang haruslah pandai memasak kerana ia merupakan ciri-ciri utama kenapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Terutamanya apabila anda pandai memasak makanan kesukaannya.
*Berpewatakan menarik yang mampu menarik minat mereka.
*Jujur, amanah dan sentiasa merendah diri. Terutama isteri kepada suami.
*Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Tetapi jangan lakukan perkara yang melampaui batas pergaulan lelaki dan perempuan. Sekadar anda mampu, sebab kadang-kadang lelaki ini suka juga menguji.
*Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
*Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Ala-ala perempuan Melayu terakhir? Tak perlu sehingga tahap itu, cukup sekadar menjadi diri anda sendiri.
*Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki.
*Jangan terlalu mengongkong.
*Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Ini menunjukkan kesungguhan dan keselesaan anda ketika bersama mereka.
*Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki tersebut. (Khas untuk isteri dan suami)
*Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk “plan” pertama memikat dirinya.
*Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
*Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
*Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
*Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
*Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
*Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
*AWAS!!! -Jangan bandingkan “dia” dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. Oh, ini lelaki yang ego tinggi cukup pantang. Hati-hati..
*Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. Ini akan membuatkan anda menjadi sumber kekuatannya.
*Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
*Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
*Mengetahui bila hari lahirnya.
*Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
*Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
*Manja tu yangPENTING!
*Jangan terlalu “excited” ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
*Jangan terlalu bersikap “kelakian” dan ganas dalam pergaulan.
*Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan “perfect”. Kerana menjadikan mereka sukar untuk mendekati anda.
*Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
*Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
*Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
*Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
*Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
*Jangan bersikap terlalu kuno. Jadi kenalah tahu etika dan isu semasa.
*Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
*Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. Ini menjadikan mereka rimas bersama anda.
*Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. Bersemangat!
*Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
*Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
*Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
*Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!MENYAMPAH lah pulak
nanti. haihh..


Haishhh.. manyak pulak myra berCELOTEH.. hihi..
p/s: SORRY
--------------------------------------------------
SO BG MYRA LAH kan.. JUST ONE.. bE yoUrSELF :)
ARIGATO.. :*
---------------------------------------------------

No comments: