Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



BEZA TAHU!

HI fellas :D
Rase-rase cm dh lama takk update blogg ni.. :) ade story baru takk? HAHA.. ada..ada.. looks down :)



Couple dan kawan selalu menjadi topik yang hangat buat remaja sekarang. Ye la, tengok member ada couple kita pun teringin, tak gitu? Tapi aku rasa bukan disebabkan itu kita juga teringin untuk mempunyai seorang kekasih. Walaupun mak aku cakap begitu waktu zaman persekolahan dulu, tapi aku rasa itu bukanlah satu penyebab untuk aku ada seorang kekasih. Yang sebenarnya, kita memang suka akan seseorang dan bukan kita dipengaruhi oleh rakan walaupun ada segelintirnya yang sebegitu. Namun begitu, tidak semua pasangan kekasih ini dapat bertahan sampai ke jinjang pelamin. Kalau korang masih belum ada couple, baik teruskan begitu kerana menjadi pasangan kekasih ini sangat susah. Lebih baik korang berkawan sahaja dahulu dan bila sudah bekerjaya nanti bolehlah korang mula mencari pasangan korang.

Di sini aku akan senaraikan perbezaan buat korang semua antara korang menjadi pasangan kekasih atau hanya berkawan sahaja. Berkawan disini bermaksud dalam lain jantina.

1. Menjadi pasangan kekasih harus setia pada yang satu. Menjadi kawan pula tidak kisah berapa banyak kawan berjantina lain yang kita ada, tiada sesiapa yang akan berkata apa-apa.

2. Menjadi pasangan kekasih harus saling memahami antara satu sama lain. Menjadi kawan pula tidak faham hati dan perasaan orang lain pun masih boleh terus berkawan dengan elok.

3. Menjadi pasangan kekasih perlu ada masa untuk kekasih. Menjadi kawan pula, saling tidak menegur selama sebulan pun tidak ada masalah.

4. Menjadi pasangan kekasih tidak boleh marah-marah kepada kekasih. Menjadi kawan pula, kalau kena marah pun nanti boleh elok sendiri.

5. Menjadi kekasih harus ada duit. Menjadi kawan, tak ada duit pun boleh berkawan dan mungkin tidak ada rasa nak beli sesuatu untuk kawan seperti kekasih.

6. Menjadi kekasih memerlukan pengorbanan dari segi jiwa dan perasaan yang kadang-kadang sering terguris. Menjadi kawan kita tidak akan memberikan perasaan kepadanya melainkan hanya perasaan kasih kepada rakan.

7. Menjadi kekasih “mesti” sentiasa berhubung, jadi kita akan selalu dengar ayat, “dah makan?”, “dah tido?”, “i love u”, “sayanggggg”. Menjadi kawan mungkin ayat yang dikeluarkan tidak sama untuk hari berikutnya

8. Menjadi kekasih perlu ada perasaan antara satu sama lain. Menjadi kawan tidak memerlukan perasaaan cinta antara satu sama lain.

9. Menjadi kekasih harus tabah dengan kerenah kekasih kita. Menjadi kawan, tidak perlu risau akan itu, kalau dah meluat dengan perangai dia, cari kawan baru.

10. Menjadi kekasih mesti boring pujuk-memujuk. Menjadi kawan, tak payah pujuk pun esok dia okay la tu.

Jadi, kalau korang tak mahu rasa seperti yang aku tuliskan seperti di atas, baik korang stay single. Tetapi ada pasangan kekasih pun okay sebenarnya, tetapi yang paling penting adalah saling memahami antara satu sama lain.

No comments: