Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



MERAJUK EA??

ASSALAMUALAIKUM..


HELLO FELLAS :)

TODAY..,arini.. i want to shared you oll pasal LELAKI. actually disebalik wajah dyeorg yang cute mutee.kacak,tampan, bergayo..bakk kate dak2 zaman sekarang.. ADA STYLE seyh..,GEREK! (hahahha) yekea?..myra nak shared ngn korang korang semua pasal tanda lelaki MERAJUK.


HERE WE GO...:D

Diam Seribu Bahasa
♥Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
♥Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka
♥Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. #Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
♥Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Matikan Telefon Bimbit
♥Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat(standard excuses)... ♥Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer! (lelaki kata kan...)
.....................................................................................

OKAYY SINI ADE TIPS yang MYRA nak shared with my dear fellas:)

CAMNE NAK PUJUK EAK??

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

♥Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

♥YOU'oll sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan you'olls, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

♥Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri you'olls daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada you'olls kerana telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

♥YUPPP!, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda(LET HIM BE and GET FUN! ). Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda such as cookingg,eatingg, or the awesomee one SHOPPING!!. With this way, you'oll akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
.................................................................................

1 comment:

Unknown said...

Merajuk jugak ek...hehehe :D