Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



SYOK SENDIRI?


ASSALAMUALAIKUM :)
Dalam hidup ini tak semua benda yang kita akan perolehi dgn begtu mudah. Tak kira lah benda ke,orang kea. Contoh seseorang yang kita suka. Kita suka tengok dia, kita suka berbual dengan dia. Tapi kita tak berani nka luahkan kat dia yang kita suka kan dia giler-giler :) Kebanyakannya kaum HAWA yang terlibat dalm kasus sebigini. Kadang2 situasi sebegini menjadi REALITI and kadang-kadang menjadi FANTASI.. Faktor kecantikan luaran juga memainkan peranan penting. Hampir 80% faktor ini menjadi PUNCA UTAMA dan kegagala daripada kekangan ini bole diklasifikasikan sebgai SYOK SENDIRI. Yelah orang yang kita suka tapi akhirnya tak kata pun or tak bagi respon terhadap kita. Lastly yang kita dapat hnayalah KEKECEWAAN,KEMURUNGAN dan macam-macam lagi lah :) Biar pun semua itu sangat perit ditelan.

AMIRRUL



I LOVE YOU SO MUCH, MUHAMMAD AMIRRUL B. ABD HALIM :) You always beside me and make me laugh. Thanks bro! :)


PERSAHABTAN



Sebuah persahabatan tidak dapat di ukur melalui harta benda atau wang ringgit. Tetapi persahabatan jugak tidak boleh diperolehi dengan cara yang lebih ,udah seperti 'GRAB WAYS' atau dalam erti kata yang lain MERAMPAS. Persahabatan jugak tidak boleh 'CHANGING ATTITUDE'. Perubahan sikap memang perit jika persahabatn yang dukunya terjalin kini seolah-olah berubah dalam sekelip mata hanya kerana seorang sahabat yang inginkan perhatian sepenuhnya daripada daripada semua sahabat yang dia sendiri rasakan boleh 'get along together' :/ Perasaan 'serba salah' dalam diri setiap manusia memang secara natural ada. Begitu juga dengan 'SEMUA SAHABAT' tuh. 'SAHABAT YANG LAIN' terpaksa berundur atau dalam makna yang lebih baik berdiam diri.Menahan perit dan sakit di hati. Apa yang 'SAHABAT YANG LAIN' tu buat hanya menahan segala yang dia sendiri rasakan benda itu sangat sakit sambil menangis lalu mengelap air matanya sendirian. Walaupun penat dengan semua 'HELAH' sebegini rupa, 'SAHABAT YANG LAIN' itu terpaksa bersabar. Tetapi SABAR SESEORANG MANUSIA ADA HAD NYA .

HI NOGORI :D

ASSALAMUALAIKUM..HI FELLAS♥





ESOK..
--------------------------------------------------
MYRA akan berangkat. g mane? sambung study balik lahh ;D cuti 2bulan dah. tapi still takk puas. haihh. After this, MYRA akan jarang online, jarang update. (maybe lah......)
Sebab taktau lagi kat kampus baru tuh ada wifi tak. Malas nk bwk broadband ni. huishh.
Walau apa pun, i gonna miss JB! my dad, my superb beautifull MOM!, my gojes sibling. How can i forget them. They already be a part of my life. sobbb,sobb.. Dah,dah jangan nak nages sangat lah cik adek. Nanti eid kan balik. Time tuh lepaskan lh rindu sepuas-puasnya. hihi.. Cakap pasal EID ni kann. korang dah prepare apa-apa? Yelahh mesti korang ckp..
---------------------------------------------------------------------------------
"PUASA PUN BELUM, NAK SIBUK PASAL RAYA" :D
(peace yaww)
---------------------------------------------------------------------------------

Alaaa.. at least kene ade preparation what. Taklah tunggu last minute =='
Bagi MYRA, baju kurung tahun ni BLUE THEME. cehhh ada sapa2 yang same takk? (excited seyhh). Then kuih raya? HAHAHA.. takk beli. my beautiful women yang prepare itu semua . sapa lagi kalau bukan MY MUM & MY AUNTYSS. TAPI! MYRA still ada stuff yang belum beli. macam kasut, shawl, dress and etc. bla,bla,bla..... Taktau nak beli kat mana semua stuff tuh. Dah lah KAMPUS tu ceruk pendalaman -.- .
Different with last year, shopphaolic with my family. This year, YOU MUST BUY ALL OF THIS STUFF by YOURSELF,myra :) So pityy kann (hihihihi).Any volunteer nak temankan i? :D Kalau lah ada kann, kannn :)
tapi before balik NOGORI. eden nak layan citer ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(KL GANGSTER)

( Dah lama nk tgk.. tapi takk kesampaian.. so tgk kat YOUTUBE jela)

So, this LAST ENTRY before i 'FLY AWAY' to NEGERI SEMBILAN.
(hmmm... seem like didnt so FAR)

-------------------------------------------------------------------------------
BYE JB!
--------------------------------------------------------------------------------

KENA MIGRAIN??



OMG! MYRA migrain kea? takk bape sure lah. Tapi sejak beberapa hari ni. Rasa sakit kepala sangat. Mostly kat sebelah kanan kepala. Dia punya rasa.. menekann seyhh.. Asyik rasa pening, penat and etc. Then, tadi ada buad research kat google and ini yang MYRA dapat.


------------------------------------------------------------------------------
Migrain atau sering juga disebut sakit kepala atau pusing sebelah adalah sakit kepala berdenyut yang kerapkali disertai mual, muntah-muntah. Pesakit biasanya sensitif terhadap cahaya, suara, bahkan bau-bauan. Sakit kepala ini yang paling sering hanya mengenai satu sisi kepala saja, kadang-kadang berpindah ke sisi sebelahnya, tetapi dapat mengenai kedua-dua belah kepala sekaligus.

Migrain kadang kala agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau akibat ketegangan otot leher mempunyai gejala yang hampir sama dengan gejala migrain. Migrain boleh timbul bersama penyakit lain misalnya asma dan kemurungan. Penyakit yang sangat berat, misalnya tumor atau jangkitan, boleh juga menimbulkan gejala yang mirip migrain. Namun kejadian ini sangat jarang.
----------------------------------------------------------------------------

Contoh Migrain
----------------------------------------------------------------------------

Migrain dibagi dalam 2 golongon besar, iaitu:

1. Migrain Biasa (migrain tanpa aura): Kebanyakan pesakit migrain masuk ke dalam jenis ini. Migrain biasa bertanda sakit kepala berdenyut di salah satu sisi dengan intensitas yang sedang sampai berat dan semakin parah pada saat melakukan aktiviti. Migrain ini juga disertai mual, muntah-muntah, sensitif terhadap cahaya, suara, dan bau. Sakit kepala akan sembuh dalam 4 sampai 72 jam, sekalipun tidak diubati.

2. Migrain Klasik (migrain dengan aura): Pada jenis klasik, migrain biasanya didahului oleh suatu gejala yang dinamakan aura, yang terjadi dalam 30 minit sebelum timbul migrain. Migrain klasik merupakan 30% dari semua migrain.

Penyebab Migrain
----------------------------------------------------------------------------

Penyebab pasti migrain masih belum begitu jelas. Dianggarkan, adanya hiperaktiftas impuls elektrik otak meningkatkan aliran darah di otak, akibatnya terjadi pelebaran pembuluh darah otak dan proses inflamasi. Peluasan dan keradangan ini menyebabkan timbulnya sakit dan gejala yang lain, misalnya mual. Semakin berat inflamasi yang terjadi, semakin berat pula migrain yang dialami. Telah diketahui bahawa faktor genetik berperanan terhadap timbulnya migrain.

Gejala Migrain
-----------------------------------------------------------------------------

Gejala Awal: Satu atau dua hari sebelum timbul migrain, pesakit biasanya mengalami gejala awal seperti lemah, menguap berlebih, sangat menginginkan suatu jensi makanan (mislanya coklat), gampang tersinggung, dan gelisah.

Aura: Hanya didapati pada migrain klasik. Biasanya terjadi dalam 30 minit sebelum timbulnya migrain. Aura dapat berbentuk gangguan penglihatan seperti melihat garis yang bergelombang, cahaya terang, bintik gelap, atau tidak boleh melihat benda dengan jelas. Gejala aura yang lain iaitu rasa geli atau rasa kesemutan di tangan. Sebahagian pesakit tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan baik, merasa kebas di tangan, bahu, atau wajah, atau merasa lemah pada satu sisi tubuhnya, atau merasa bingung. Pesakit boleh mengalami hanya satu gejala sahaja atau beberapa macam gejala, tetapi gejala ini tidak timbul sama melainkan bergantian. Suatu gejala aura biasanya menghilang saat sakit kepala atau gejala aura yang lain timbul. Namun kadang-kadang gejala aura tetap berlangsung pada permulaan sakit kepala.

Sakit kepala dan gejala penyerta: Pesakit merasakan sakit berdenyut pada satu sisi kepala, sering terasa di belakang mata. Nyeri boleh berpindah pada sisi sebelahnya pada serangan seterusnya, atau mengenai kedua-dua belah sisi. Rasa sakit berkisar antara sedang sampai berat. Gejala lain yang sering menyertai sakit kepala antara lain:

* Kepekaan berlebihan terhadap sinar, suara, dan bau
* Mual dan muntah
* Gejala semakin berat jika beraktiviti fizikal

Tanpa rawatan, sakit kepala biasanya sembuh sendiri dalam 4 hingga 72 jam.

Gejala Akhir: Setelah sakit kepala sembuh, pesakit mungkin merasa sakit pada ototnya, lemas, atau bahkan merasakan kegembiraan yang singkat. Gejala-gejala ini menghilang dalam 24 jam selepas hilangnya sakit kepala.

Pencetus Migrain
-----------------------------------------------------------------------------

Migrain boleh dicetuskan oleh makanan, stres, dan perubahan aktiviti rutin harian, walaupun tidak jelas bagaimana dan mengapa hal tersebut boleh menyebabkan migrain. Pencetus migrain antara lain:

* Konsumsi makanan tertentu, seperti coklat, MSG, dan kopi
* Tidur berlebihan atau kurang tidur
* Tidak makan
* Perubahan cuaca atau tekanan udara
* Stres atau tekanan emosi
* Bau yang sangat menyengat atau asap rokok
* Sinar yang sangat terang atau pantulan sinar matahari.

---------------------------------------------------------------------
IHSAN DARIPADA: http://sayangdibuang.wordpress.com/2009/11/21/migrain-sakit-kepala-sebelah-penyebab-pencegahan-pengobatannya/
----------------------------------------------------------------------

P/S: ibu and ayah pun belum tahu pasal ni. just dont want to make them more worry about me :)I'M SORRY.

GEDIK!




YOU CALL ME GEDIK, THANKS SYG!
------------------------------------------------------------

P/S: SORRY IF I DOESNT PERFECT FOR YOU . If i always make you sad. I love you and you love me. That enough for us.

LAGI 4 HARI..


----------------MEET AGAIN BABES!----------------

Selepas 2 bulan bercuti sakan, semua pelajar POLITEKNIK di seluruh Malaysia akan pulang ke poli masing-masing untuk menyambung pengajian. Camtu jugak MYRA.. (tak ketinggalan lah) MYRA akan sambung semester 2 kat POLITEKNIK NILAI. kat mane tuh? mesti korang-korang tertanya-tanya kan. kat mana lah POLITEKNIK NILAI ni, wujud kea? OFCORS lah wujud. kalau takk kenapa lahh MYRA nk cakap yang MYRA study kat ctu. Poli ni baru lagi. Baru wujud since 2007. Course yang di tawarkan pun cume ada TIGA jea. So mmg lah korang takk pernah dengar:) NVMlahh.

HOSTEL.
--------------------------------------------------------------------------------
Sebelum ni, MYRA memang stay kat hostel. Itu pun poli sewa dengan pihak SIME DARBY and yang boleh stay kat hostel tu cume pelajar SEMESTER 1 dan JPK jea. Sebab itu KAMPUS SEMENTARA . Pelajar yang lain kena carik rumah sewa. Alahaiii... kecian kan :/ . Tapi untuk semester akan datang ni, semua pelajar POLITEKNIK NILAI stay kat hostel di KAMPUS BARU :) Wahhh! seronoknyea.. bukannye apa. JIMAT DUIT :D thanks to ENCIK MAT a.k.a PENGARAH POLITEKNIK NILAI and staff2 yang sewaktu dengannya atas usaha kamu semua. Kami boleh stay kat hostel:) hepii gilerr! (EXCITED seyhh).

RINDU..
-----------------------------------------------------------------------------------
Photobucket

Rindu gilergiler kat ni budakbudaks :D . Actually diaorang bukan budakbvudaks lagi cam yang MYRA cakap tadi. THEY ALL ARE MY EVERYTHING. Kitaorang happy samesame. SEDIH samasama tak? kadang-kadang lah. hihi. Even baru 6 bulan kenal. tapi cam dah 6 TAHUN kenal!. hahaha. They'oll so sweet ( SEMANIS KURMA )
P/S:Takk sabar rasenya nak jumpe korang. woot! woot!:D

------------------------------------------------------

8HB JULY .WAIT FOR ME!
------------------------------------------------------

thats me,MYRA

--------------------------------------------------------------
PRINCESS MYRA
(princesss lah sgt :p)
--------------------------------------------------------------
Photobucket
--------------------------------------------------------------
HELLO, EVERYBODY! THIS GIRL WAS ME.
mase kecik-kecik dulu. comel takk?
*saje nak upload gambar mase kecik. ter' FLASHback balik.
(bole jadi model cilik ta? :D)

--------------------------------------------------------------

ONLY HIM:)

ASSALAMUALAIKUM..HI FELLAS♥





TO A
--------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------WHO ARE A?-------------------------------------
---------------------
♥HE ALWAYS BE SIDE ME.
---------------------

selain my family, dia selalu ada untuk i. i feel so glad because he always beside me.even from far away. He always make me smile, kadang2 tergelak bila bace mesej dia ;D. hahaha. ape seyh. thanks you so much!♥

-------------------------
-DIA CEPAT GELABAH-
-------------------------

you, you nak tahu tak. you ni kan cepat mengelabah. i lambat reply mesej you. you egt i marahkan you. aiyaa ni olang lah nak kene lorh:D. I Takk marah and i takkan marah. sbb tuh hak you. actually i susah nak MARAH. tapi bila i dah MARAH. cam BOM MELETUP.hihi. Selagi you buad i tersenyum, i susah nak marah (ayat jiwang seyhh).

--------------------
♥DIA CEPAT RINDU
--------------------

kenapa myra cakap dia ni someone yang CEPAT RINDU ? Sebab..baru sehari dua myra takk TEXTING dia. dah cam cacing kepanasan. HIHI. Relax ar bro. wa takk hilang mana. ada lagi kat dunia ni ;) Takk texting bukan sengaja ke ape.. tapi OUT OF CREDITS then dia ni pergi gatal topupkan, btw THANKSSYOOU, AWAK! i takk pernah minta pun you TOPUPKAN untuk i. buad susah jea. bila i tanye "NAPE YOU BUAD CAMNI?". you jawab " SEBAB I RINDUKAN YOU,SYG." *sighs*

---------------------------------
♥SIAPAKAH DIA?
---------------------------------


ITS EARLY TO SPREAD ABOUT THIS, MAINTAIN BE MY SUCSPICIOUS's a.k.a TOP SECRET ♥.
-------------------------------------------------------------------------------------



lelaki lagi..


-------------------
10 PaNtanG LeLaKI.
---------------------

Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


-----------------
8 Rahsia lelaki
----------------
1.lelaki tidak detail dlm percakapan
COntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s
his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk
untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh
mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki
rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi
COntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup
mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang
(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual
(VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk
mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa
macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori
kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan
sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi
terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn
demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2
tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah
lovernya dgn sejambak bunga.kan kan kan..Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal
praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak
mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu
pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosip
Contoh KEs:Bila kita kata:””eh betul ke ni?” dia pantas
memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka
bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak
digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan
seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau
hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu
pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari
hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari
hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi
ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg
ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian
kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang
menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka
selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya
mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi
mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi
tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika
memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat
saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau
buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan”
yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata
lelaki-lelaki lain…



-------------------------
50 Tips Pikat Lelaki
-------------------------
1-Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2-Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3-Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4-Jujur dan sentiasa merendah diri.
5-Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6-Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7--Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8-Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9-Jangan terlalu mengongkong.
10-Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11-Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12-Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk plan pertama memikat dirinya.
13-Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14-Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15-Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16-Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17-Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18-suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19-Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20-Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21-Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22-Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23-Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24-Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25-Mengetahui bila hari lahirnya.
26-Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27-Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28-Manja!
29-Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30-Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
31-Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik
32-Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33-Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34-Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35-Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36-Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37-Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38-Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39-Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40-Jangan bersikap terlalu kuno.
41-Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42-Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43-Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44-Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45-Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46-Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47-Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48-Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49-Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50-Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu.