Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



Ingatlah :)

 “Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”

Antara CINTA dan PERSAHABATAN

Assalamualaikum  readers sekalian, Entry kali ini Myra kongsi salah satu kisah benar. Hope korang dapat baca dan hayati. Mungkin, korang pernah merasa keadaan yang sama dalam kisah ini.


.Mellisa dan Syakir

Tahun 2008, merupakan tahun dimana Maya menjejakkan kaki ke Sekolah menengah Teknik. Dengan keputusan yang agak cemerlang, Maya menyambung pelajaran di sini dengan mengambil kursus BIDANG TEKNIKAL. Ditempatkan di kelas 4A. Kelas yang dihuni oleh kebanyakkannya pelajar perempuan. Maya membiasakan diri dengan suasana baru, kawan2 baru. Malah dengan mata pelajaran yang baru.  Disekolah ini, Maya taklah terlalu aktif, dia hanya aktif untuk seketika sahaja. Seperti melibatkan diri dalam sukan bola jaring. Memang hobi dan sukan kegemarannya. Tapi itu hanya sekejap sahaja. Maya rapat dengan kawan-kawan sekelasnya.  Terutama dengan Mellisa. Pada mulanya, mereka hanya berkawan biasa2 sahaja. Tidak rapat mana pun. Mellisa merupakan gadis yang comel dan cantik. Adatlah kalau gadis cantik menjadi perhatian sang jejaka. Begitulah yang Mellisa alami. Perkenalan dengan Syakir membuatkan Mellisa dan Syakir menjadi rapat. Maya selalu terpandang tatkala Mellisa berjumpa Syakir di hujung koridor kelas. Rasa cemburu itu ada, tapi dalam hatinya hanya dapat menyatakan bahawa " Untung Mellisa ada ramai peminat" . Yah, alam CINTA MONYET. 2008 merupakan tahun yang amat besar bagi Syakir kerana dia akan menghadapi SPM.  Setelah tamat persekolahan, habis SPM. Itu bukan bermakna habis disitu perkenalan Syakir dan Mellisa. Mereka masih berhubung. 

BEST FRIENDS.

2008 menutup tirainya, dan 2009 membuka tirainya. Tahun itu merupakan tahun yang amat besar bagi Myra dan Mellisa . SPM bakal menyerang. Semakin lama, Maya dan Mellisa semakin rapat. Di mana ada Maya disitu ada Mellisa. Mereka ke kantin bersama, ke perpustakaan bersama, even ke tandas pun mereka bersama. Memang terlalu rapat. Sampai ada yang cakap mereka itu KEMBAR tapi tak SEIRAS. Maya menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar yang agak 'kenal' masa itu, Akmal. Maya minat Akmal dalam diam dan kenal melalui Linda. Kawan sebilik Maya. Dalam masa yang sama, Mellisa minat dengan seorang pelajar, Faiz namanya. Mereka rapat dan semakin rapat. Akhirnya mereka decide untuk couple. Mereka bahagia. Dengan perangai Mellisa yang agak manja membuatkan Faiz bertambah sayang. Hujung tahun , hubungan mereka makin huru-hara. Faiz dengan sikapnya yang kuat cemburu membuatkan Mellisa tidak selesa. Dah nak dekat SPM, Mellisa membuat keputusan untuk tinggal di asrama. Satu dorm dengan Maya, makin rapatlah jawabnya.  Sehinggalah SPM habis. Maya dan Mellisa masih berhubung satu sama lain melalui telefon. 

 SUNYI.

Febuari 2010,Hubungan Maya dan Akmal tidak berpanjangan apabila Akmal membuat keputusan untuk BREAK. Sedihnya Maya ketika itu, tidak dapat dihuraikan. Baginya cinta pertama susah untuk dilupa. Pada Mac 2010, adalah bulan di mana keputusan SPM keluar. Maya dan Mellisa mendapat keputusan yang hampir sama. Mereka berjumpa dan ketawa. Tidak ada yang berubah, masih seperti dulu.  Tapi nasib Mellisa lebih baik daripada Maya, kerana Mellisa dapat menyambung pelajaran lebih awal daripada Maya. Dengan course peringkat diploma, Mellisa menyambung di universiti tempatan pada kemasukan Julai. Manakala , Maya terpaksa menunggu kemasukan Disember. Itulah kali terakhir Mellisa dan Maya bertemu.


MEMORI KEMBALI.

Pertengahan tahun , tidak disangka dan tidak di duga. Maya dapat berhubung dengan Syakir melalui laman sosial. Mereka hanya rapat sebagai kawan. Syakir yang pada mulanya tidak mengetahui yang Maya merupakan kawan Mellisa dan secara konklusinya merupakan junior masa di sekolah dulu. Maya dan Syakir menjadi semakin rapat dan rapat. Pernah Maya bertanyakan mengenai Mellisa pada Syakir. Syakir hanya menjawab yang dia dan Mellisa sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tapi mereka stil menghubungi satu sama lain.
Syakir kata Mellisa bukan Mellisa yang dulu. Dia dah totally berhijab malah berniqab. Alhamdulilah. Maya dan Syakir berhubung dan terus berhubung.  Sehingga lah menumbuhkan bunga-bunga cinta dalam hati masing-masing. Syakir sayangkan Maya. Begitu juga Maya. Bagi Maya, Syakir adalah lelaki pertama yang berani berjumpa dengan abahnya, Syakir juga adalah lelaki pertama yang solat berjemaah dengannya. Semua yang mereka buad bersama adalah yang PERTAMA bagi Maya. Maya bersyukur sangat- sangat. Maya akan mulakan sesi praktikalnya di tempat tinggalnya selama enam bulan. Enam bulan itu jugalah, Maya dapat bertemu Syakir. Bulan ramadhan , syakir selalu menemankan Maya membeli juadah berbuka puasa. Sehinggakan Syakir sanggup membeli kek hari jadi pada ulangtahun kelahiran Maya. Walaupun cuaca ketika itu Hujan renyai-renyai. Dengan hanya menaiki motorsikal,Syakir tetap meredah hujan renyai. Tidak dihiraunya. Dua minggu sebelum raya, mereka keluar bersama dengan adik2 Maya membeli persiapan raya. Ketika itu, Mereka sungguh gembira. Terutamanya Maya. Tapi kegembiraan itu tak berpanjangan. Sehari sebelum menjelang hari raya, Syakir membuat keputusan untuk tidak mewujudkan perkataan 'syg' dalam hubungan mereka. Maya terima dengan berat hati. Syakir ada menceritakan sebab kenapa dia membuat keputusan demikian. Maya memahami dan menuruti. Mereka masih berhubung, tapi tidaklah serapat yang dulu. Mellisa mengetahui apa yang terjadi , memberi serba sedikit nasihat kepada Syakir. Oleh kerana Maya yang terlalu cepat sensitif, Mellisa menasihati Syakir supaya jangan terlalu direct. Syakir menuruti. Bagi Syakir, dia hanya inginkan yang terbaik untuk Maya. Dia takut dia takmampu membahagiakan Maya ke jalan yang diredhai ALLAH. Syakir berkata "DIRI SAYA MASIH KURANG DARI SEGI AGAMA. SAYA TAK NAK MENAMBAHKAN DOSA AWAK. BIARLAH KITA MACAM INI. BERKAWAN RAPAT SEHINGGALAH BERNIKAH. INSYALLAH , JIKA AWAKLAH JODOH SAYA.

Maya dan Syakir masih berhubung cuma bukan seperti selalu. Maya dalam tempoh untuk menerima semua ini dan  dalam tempoh untuk mengubah dirinya. Tetapi hatinya, dalam masa yang sama KOSONG. Tatkala kenangan kembali bertaut kembali. Maya hanya mampu berdoa supaya perasaannya itu disimpan dan dirinya menjadi kuat untuk menempuh keadaan akan datang .Kini, Maya dan Syakir masih menghubungi antara satu sama lain atas dasar PERSAHABATAN. Tiada perasaan marah mahupun dendam, Syukur ALHAMDULILAH.



Diam bukan bermakna SOMBONG

Assalamualaikum, again with new entry. Kali ini, Myra nak luahkan tentang KESOMBONGAN yang kadang kala di salah erti. Nampak macam bukan Myra jea yang alami pekara sebegini. Myra sure ramai kat luar sana pun rasa macam itu. Kesombongan itu mungkin ditafsir melalui cara kita layan, kita bersama seseorang. Manusia memang suka berkata, mengumpat tanpa kenal siapa diri kita. Hidup ini sebenarnya ADIL, tapi manusia itu sendiri menjadikannya TIDAK ADIL. Orang tidak kenal kita, memang dia boleh cakap apa saja tentang kita. Keburukan yang dicari, keburukan yang dipandang. Kita yang alami, tentu ada rasa sakit. Sakit yang teramat. Akibat orang itu menganggap kita ini SOMBONG, Kita terasa macam orang asing. Duduk ramai2, tapi diri ini diperkecilkan. Tahan selagi bole. Allah lebih tahu apa yang lebih baik, apa yang kita rasa. Biarkan manusia itu berkata tanpa bertanya. ALLAH itu MAHA ADIL. Pepatah Bahasa Inggeris mengatakan Don't Judge a Book by Its Cover, pepatah Bahasa Melayu mengatakan Rambut Sama Hitam tapi Hati Lain-lain, Tak Kenal maka Tak Cinta. Ni kenapa tiba-tiba nak berpepatah pulak dah ni. Haha maksud pepatah tu yang penting sebenarnya. Ada orang mukanya memang jenis sombong, ada orang mukanya jenis manis, ada orang muka tak de perasaan. Yang jenis muka sombong tu, terutama yang susah nak senyum sembarangan memang orang akan judge sebagai seorang yang sombong, sukar didekati dan ntah apa-apa lagi la. Yang muka jenis manis tu, orang akan judge sebagai seorang yang happy go lucky, friendly, senang didekati dan yang baik-baik aje la. Senyum tak bermakna dia gembira, menangis tak bermakna dia sedih. Dalam keadaan tertentu ianya akan menjadi terbalik daripada apa yang ditunjukkan oleh muka. Thanks for read, dear :) love you all. Ambil ikhtibar kay :)

Alam Siber

Assalamualaikum sayang-sayang pembaca sekalian. Dah lam sgt, Myra tak update ini belog. Sory bangat, Akibat kekangan masa . Busy dengan PRAKTIKAL ouh PRAKTIKAL. hee.. Btw, lagi sebulan lebih. Myra akan menamatkan sesi latihan industri. Wahh! rasa lega . MAYBE. hee. Sebab after this, report and slide presentation datang menyerang. ARGGHHH!... Kentensionan bakal kemelandaan tidak lama lagi. Hopefully, everything we will be fine. Aamiin. Dedo ya amat. Entry kali ini, Myra nk share pasal CINTA ALAM SIBER. Cinta yang belum tentu akan kekal . Bercinta di alam maya. Menyatakan hasrat kepada seseorang untuk dijadikan teman istimewa ataupun dalan istilah omputih we called it as 'COUPLE' tanpa berjumpa dan mengenali satu sama lain terlebih dahulu. Ya, sebab HATI manusia ini lain-lain . Tak semua mampu menerima kekurangan seseorang. Kalau di alam maya, semuanya nampak baik. PERFECTA. Kulit gebu, muka hensem. Pendek kata, mak aihh... CAIR bila tengok. Tapi after declare and berjumpa face to face. Semuanya berubah. Hebat kan. Sekelip mata. Sebab, mostly manusia sekarang takkan lari dari memandang rupa. Memang lah RUPA sekarang tak penting and yang penting HATI. Tapi HATI manusia kita pun tak dapat nak tafsir. Lebih-lebih lagi kalau bila berkenalan di alam maya. Ada ramai kenalan, tak kira lah di facebook, twitter or even tagged sekalipun. Firstly, add then mesej, kenal-kenal. Then bila dah sampai ke peringkat seterusnya, mula lah tanya. "Awak dh berpunya?, single ke? , nak kenal lebih rapat bole? and so on. Dalam masa yang sama, bukan setakat seorang, tapi berduyun. How about empat or lima orang. Kan diluar kemampuan kita. Pening nak memikirnya. Susah kan hidup nak memilih. Takut melukakan hati /perasaan orang lain.

MY WAY

Assalamualaikum readers, Kita berkenalan semula di laman muka buku ; 'FACEBOOK' . Day by day kita makin dekat. Kita ketawa bersama, senyum bersama, menangis bersama. Semua kita SHARE bersama. Hampir setiap saat kita calling2, message2. How seronoknya that time. Happy sangat. Everything going smooth. Tersenyum sentiasa. Ketawa sorang2. Aihh, macam tak betul jea bila dengar. KAN :') ONE DAY ........ Kita makin jauh, makin kurang bercakap, makin kurang berbual. Salah siapa? Tak berani saya nak UNGKAPKAN siapa yg salah antara kita. Senyum dah tiada, ketawa dh hilang. Happy? Terasa semakin hari semakin kurang. Maaf, sekiranya ada kesalahan yang dilakukan tanpa disedari.
Gambar diatas ditujukan kepada awak. Pada suatu hari yang dah pun BERLALU. Mungkin, ini cuma mimpi bagi saya. Mimpi yang takkan menjadi IMPIAN. Terhegeh-hegeh? Mungkin jugak. Terlalu cepat bagi saya mentafsir apa disebalik percakapan dan perbuatan awak. Salah saya. Kan. Memerlukan awak adalah sebahagian daripada HIDUP saya. Tapi itu mungkin bagi awak. Setiap saat saya akan mencari masa untuk spend with you. Tapi ini juga MUNGKIN bagi awak. Saya cuba yang TERBAIK untuk awak. Tapi mungkin awak tak faham lagi. Apa yang saya rasa, apa yang saya perlu. Its okay, saya MENGALAH. Mungkin belum tiba masanya untuk saya terlalu SERIOUS dalam sesuatu perhubungan. Saya dah KOSONG.. Hati saya hanya untuk sesuatu yang MEMERLUKAN saya dan bukannya untuk yang MENGINGINKAN saya.
Memang benar kata orang, LEBIH BAIK DICINTAI daripada MENCINTAI.
XX :')