Assalamualaikum readers sekalian, Entry kali ini Myra kongsi salah satu kisah benar. Hope korang dapat baca dan hayati. Mungkin, korang pernah merasa keadaan yang sama dalam kisah ini.
.Mellisa dan Syakir
Tahun 2008, merupakan tahun dimana Maya menjejakkan kaki ke Sekolah menengah Teknik. Dengan keputusan yang agak cemerlang, Maya menyambung pelajaran di sini dengan mengambil kursus BIDANG TEKNIKAL. Ditempatkan di kelas 4A. Kelas yang dihuni oleh kebanyakkannya pelajar perempuan. Maya membiasakan diri dengan suasana baru, kawan2 baru. Malah dengan mata pelajaran yang baru. Disekolah ini, Maya taklah terlalu aktif, dia hanya aktif untuk seketika sahaja. Seperti melibatkan diri dalam sukan bola jaring. Memang hobi dan sukan kegemarannya. Tapi itu hanya sekejap sahaja. Maya rapat dengan kawan-kawan sekelasnya. Terutama dengan Mellisa. Pada mulanya, mereka hanya berkawan biasa2 sahaja. Tidak rapat mana pun. Mellisa merupakan gadis yang comel dan cantik. Adatlah kalau gadis cantik menjadi perhatian sang jejaka. Begitulah yang Mellisa alami. Perkenalan dengan Syakir membuatkan Mellisa dan Syakir menjadi rapat. Maya selalu terpandang tatkala Mellisa berjumpa Syakir di hujung koridor kelas. Rasa cemburu itu ada, tapi dalam hatinya hanya dapat menyatakan bahawa " Untung Mellisa ada ramai peminat" . Yah, alam CINTA MONYET. 2008 merupakan tahun yang amat besar bagi Syakir kerana dia akan menghadapi SPM. Setelah tamat persekolahan, habis SPM. Itu bukan bermakna habis disitu perkenalan Syakir dan Mellisa. Mereka masih berhubung.
BEST FRIENDS.
2008 menutup tirainya, dan 2009 membuka tirainya. Tahun itu merupakan tahun yang amat besar bagi Myra dan Mellisa . SPM bakal menyerang. Semakin lama, Maya dan Mellisa semakin rapat. Di mana ada Maya disitu ada Mellisa. Mereka ke kantin bersama, ke perpustakaan bersama, even ke tandas pun mereka bersama. Memang terlalu rapat. Sampai ada yang cakap mereka itu KEMBAR tapi tak SEIRAS. Maya menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar yang agak 'kenal' masa itu, Akmal. Maya minat Akmal dalam diam dan kenal melalui Linda. Kawan sebilik Maya. Dalam masa yang sama, Mellisa minat dengan seorang pelajar, Faiz namanya. Mereka rapat dan semakin rapat. Akhirnya mereka decide untuk couple. Mereka bahagia. Dengan perangai Mellisa yang agak manja membuatkan Faiz bertambah sayang. Hujung tahun , hubungan mereka makin huru-hara. Faiz dengan sikapnya yang kuat cemburu membuatkan Mellisa tidak selesa. Dah nak dekat SPM, Mellisa membuat keputusan untuk tinggal di asrama. Satu dorm dengan Maya, makin rapatlah jawabnya. Sehinggalah SPM habis. Maya dan Mellisa masih berhubung satu sama lain melalui telefon.
SUNYI.
Febuari 2010,Hubungan Maya dan Akmal tidak berpanjangan apabila Akmal membuat keputusan untuk BREAK. Sedihnya Maya ketika itu, tidak dapat dihuraikan. Baginya cinta pertama susah untuk dilupa. Pada Mac 2010, adalah bulan di mana keputusan SPM keluar. Maya dan Mellisa mendapat keputusan yang hampir sama. Mereka berjumpa dan ketawa. Tidak ada yang berubah, masih seperti dulu. Tapi nasib Mellisa lebih baik daripada Maya, kerana Mellisa dapat menyambung pelajaran lebih awal daripada Maya. Dengan course peringkat diploma, Mellisa menyambung di universiti tempatan pada kemasukan Julai. Manakala , Maya terpaksa menunggu kemasukan Disember. Itulah kali terakhir Mellisa dan Maya bertemu.
MEMORI KEMBALI.
Pertengahan tahun , tidak disangka dan tidak di duga. Maya dapat berhubung dengan Syakir melalui laman sosial. Mereka hanya rapat sebagai kawan. Syakir yang pada mulanya tidak mengetahui yang Maya merupakan kawan Mellisa dan secara konklusinya merupakan junior masa di sekolah dulu. Maya dan Syakir menjadi semakin rapat dan rapat. Pernah Maya bertanyakan mengenai Mellisa pada Syakir. Syakir hanya menjawab yang dia dan Mellisa sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Tapi mereka stil menghubungi satu sama lain.
Syakir kata Mellisa bukan Mellisa yang dulu. Dia dah totally berhijab malah berniqab. Alhamdulilah. Maya dan Syakir berhubung dan terus berhubung. Sehingga lah menumbuhkan bunga-bunga cinta dalam hati masing-masing. Syakir sayangkan Maya. Begitu juga Maya. Bagi Maya, Syakir adalah lelaki pertama yang berani berjumpa dengan abahnya, Syakir juga adalah lelaki pertama yang solat berjemaah dengannya. Semua yang mereka buad bersama adalah yang PERTAMA bagi Maya. Maya bersyukur sangat- sangat. Maya akan mulakan sesi praktikalnya di tempat tinggalnya selama enam bulan. Enam bulan itu jugalah, Maya dapat bertemu Syakir. Bulan ramadhan , syakir selalu menemankan Maya membeli juadah berbuka puasa. Sehinggakan Syakir sanggup membeli kek hari jadi pada ulangtahun kelahiran Maya. Walaupun cuaca ketika itu Hujan renyai-renyai. Dengan hanya menaiki motorsikal,Syakir tetap meredah hujan renyai. Tidak dihiraunya. Dua minggu sebelum raya, mereka keluar bersama dengan adik2 Maya membeli persiapan raya. Ketika itu, Mereka sungguh gembira. Terutamanya Maya. Tapi kegembiraan itu tak berpanjangan. Sehari sebelum menjelang hari raya, Syakir membuat keputusan untuk tidak mewujudkan perkataan 'syg' dalam hubungan mereka. Maya terima dengan berat hati. Syakir ada menceritakan sebab kenapa dia membuat keputusan demikian. Maya memahami dan menuruti. Mereka masih berhubung, tapi tidaklah serapat yang dulu. Mellisa mengetahui apa yang terjadi , memberi serba sedikit nasihat kepada Syakir. Oleh kerana Maya yang terlalu cepat sensitif, Mellisa menasihati Syakir supaya jangan terlalu direct. Syakir menuruti. Bagi Syakir, dia hanya inginkan yang terbaik untuk Maya. Dia takut dia takmampu membahagiakan Maya ke jalan yang diredhai ALLAH. Syakir berkata "DIRI SAYA MASIH KURANG DARI SEGI AGAMA. SAYA TAK NAK MENAMBAHKAN DOSA AWAK. BIARLAH KITA MACAM INI. BERKAWAN RAPAT SEHINGGALAH BERNIKAH. INSYALLAH , JIKA AWAKLAH JODOH SAYA.
Maya dan Syakir masih berhubung cuma bukan seperti selalu. Maya dalam tempoh untuk menerima semua ini dan dalam tempoh untuk mengubah dirinya. Tetapi hatinya, dalam masa yang sama KOSONG. Tatkala kenangan kembali bertaut kembali. Maya hanya mampu berdoa supaya perasaannya itu disimpan dan dirinya menjadi kuat untuk menempuh keadaan akan datang .Kini, Maya dan Syakir masih menghubungi antara satu sama lain atas dasar PERSAHABATAN. Tiada perasaan marah mahupun dendam, Syukur ALHAMDULILAH.
4 comments:
memang sekarang, saya pon saling berhubung dgn si dia dgn nama persabahatan.. tapi x selalu..
yg pasti, sy dah bleh hidup sendiri tnpa dye.. =)
@Zee Geealhamdulilah :)
Kadang-kadang kita nampak macam semuanya mudah. Kadang-kadang kita nampak macam orang tu gembira. Orang tu dapat semuanya. Tapi kan.. Dalam hati orang tu, hanya orang tu yang tahu. Kadang-kadang kita fikir hati dan perasaan kita saja. Tapi kita lupa hati dan perasaan orang. yang penting. Melissa tak pernah lupakan persahabatan dengan Maya. Dan kalau boleh ulang balik waktu, mesti Melissa akan jaga baik-baik hubungan persahabatan tu.
@Wan Nurfatin FarhanaMaya pun begitu juga. terasa rindu. Kenangan yang terindah takkan pernah padam :')
Post a Comment