Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



Malaysia mengorak langkah menuju ke separuh akhir., Alhamdulilah

Hi para pembaca, apa macam rasa sekarang? Malaysia menang!

Semalam suasana hangat dapat dirasai , walaupun Myra tak ada di stadium. Tengok perlawanan melalui televisyen, amboi... bukan main gamat lagi. Syiokk! Bagi Myra, pasukan Harimau Malaya mempamerkan aksi yang begitu menarik. 

Pasukan Harimau Malaya nampak goyah pada 15 minit awal, tapi itu bukan menjadi penghalang bagi mereka membolos gawang gol yang di kawal oleh penjaga gol Indonesia. Skuad Kebangsaan terlebih dahulu mendahului Indonesia dengan 2-0 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia di jaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27, sebelum hantaran bola dari Wan Zack Haikal kepada Mahali Jasuli pada minit ke-30 menyempurnakan gol kedua untuk skuad bimbingan K. Rajagopal.

Gaya Azamuddin Akil setelah menjaringkan gol pertama untuk Malaysia.


"Untukmu Malaysia ! "- Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Mahali Jasuli setelah menjaringkan gol kedua.

Walaupun skuad kebangsaan mendapat sorokan dan tepukan gemuruh oleh para penyokong. Itu tidak mematahkan semangat bagi sang Garuda untuk cuba menjaringkan gol. Gawang skuad kebangsaan terlebih dahulu telah di uji menerusi pemain Indonesia, Vendry. Namun berjaya di tangkap oleh Farizal Marlias, penjaga gol Malaysia. Gol skuad kebangsaan terus di asak dan di asak oleh sang Garuda. Tapi hantaran daripada pasukan lawan, dapat diselamatkan hasil tangkapan kemas oleh penjaga gol skuad kebangsaan. Dalam hati Myra hanya mampu berkata 'Alhamdulilah. 

Perlawanan kali ini di penuhi 7 kad kuning. Masing-masing 3 dari pasukan garuda dan 4 lagi daripada pasukan Harimau Malaya. 

Tengok melalui televisyen pun dah menjerit-jerit. Terpekik terlolong. Inikan tengok kat Stadim. Memang nampak sangat eksaited kan :D Apa-apa pun sekalung tahniah untuk pasukan kebangsaan di atas kemenangan yang diperolehi. Walaupun sebelum ini, skuad kebangsaan di hujani oleh pelbagai lontaran dan tomahan oleh penyokong akibat kalah kepada lawan seteru, Singapura . Namun itu tidak mematahkan semangat pasukan Harimau Malaya untuk terus berjuang dan berjuang. 

Dengan menjadi naib juara bagi kumpulan B. Lawan Malaysia pada separuh akhir, bukan calang-calang lawan. Pasukan Gajah Putih iaitu Thailand akan bertemu dengan pasukan Malaysia pada minggu depan. Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal mahu anak didiknya melupakan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012, sebaliknya menuntut mereka memberi fokus sepenuhnya dalam aksi
menentang Thailand di separuh akhir.
Skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Kumpulan B dijadual bertemu Thailand selaku juara Kumpulan A pada saingan separuh akhir, 9 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik pada 13 Dis di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Satu lagi separuh akhir bakal menemukan Singapura menentang Filipina yang akan berlangsung pada 8 dan 12 Disember.
Rajagobal berkata, skuad Gajah Putih itu merupakan pasukan hebat memandangkan mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam dua edisi Piala AFF lepas.
Walauapapun, marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa agar pasukan kebangsaan dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan seterusnya memperoleh kemenangan untuk mara ke Perlawanan Akhir. Aamiin .

Thanks for reading. xx

1 comment:

✿Gucciey Lavender✿ said...

sokong MALAYSIA !