Alhamdulilah. Syukur kepada yang Maha Esa.
4 gol tersebut dihasilkan melalui 4 orang pemain ini :
*Gol pertama oleh Safiq Rahim
*Gol Kedua di hasilkan oleh Safee Sali
*Gol ketiga di sumbangkan oleh Wan Zack Haikal.
*Gol keempat di sudahkan oleh khyril muhaimin.
Syabas ,Harimau Malaya. Ini ada satu permulaan yang cukup baik . Walaupun sebelum ini tumpas 3-0 di atas tangan musuh tradisi iaitu SINGAPURA. Ini tidak mematahkan semangat skuad bawah didikan K.RAJAGOBAL untuk terus berjuang dan berjuang. Kemenangan 4-1 ini memberikan Malaysia penambahan mata yang agak mendadak. Tapi untuk ke laluan separuh akhir bukannlah mudah bagi skuad harimau malaya. Kerana skuad negara bakala bertemu dengan pasukan GARUDA iaitu INDONESIA yang juga merupakan musuh tradisi. Indonesia sebelum ini telah seri dengan LAOS pada perlawanan pertama dengan hasil gol 2-2. Manakala menang 1-0 bertemu SINGAPURA. Ternyata laluan skuad harimau malaya semakin sempit barangkali. Tapi, keyakinan dan semangat yang di tonjolkan oleh pemain negara insyallah akan membuahkan hasil. Aamiin.
Namun di sebalik kemenangan yang diperolehi ini, ada jugak pihak yang tertentu mengambil kesempatan untuk membuat perjanjian yang akhirnya MEMAKAN DIRI SENDIRI. Gambar di bawah diperolehi melalui sumber TWITTER :
Post yang dilakukan oleh AZRIE ini sudah menjadi bualan hangat blogger-blogger malah sudah menjadi isu dalam kancah kehidupan masyrakat setempat. Kenapa lah masih ada lagi manusia sebegini. Ini lah yang di kata kan bercakap/menulis tanpa memikir kesan yang akan di perolehi kelak. Daripada membuat perjanjian sebegini rupa , adalah lebih baik kita membuat perjanjian yang lebih baik seperti berpuasa sunat, bersedekah, solat sunat syukur. Bukan ini yang kita semua mahukan. Fikir lah secara relevan, wahai saudara seislam ku. Satu Dunia baca apa yang anda post kan itu. Tak rasa malu kea? Fikirkan kesan terhadap diri sendiri, keluarga dan yang paling mustahak, KESAN TERHADAP IBU BAPA. Jatuh air muka ibu bapa itu berpunca daripada anak-anak. Dan bangganya ibu bapa itu juga berpunca daripada anak-anak. Jadi, kita sebagai anak. Kenalah berfikir secara waras. Apa kesan yang akan Ibu bapa kita perolehi. Lebih-lebih lagi pandangan masyarakat.
Itu sahaja yang Myra bole berikan pendapat. Anyway, once again congrats to HARIMAU MALAYA. Teruskan usaha korang. Insyallah, kita akan mudah untuk mengalahkan Indonesia nati. Walaubagaimanapun, dalam kumpulan B. Malaysia masih berada di bawah Indonesia dan Singapura. Sama-samalah kita berdoa agar skuad didikan K. RAJAGOBAL mampu membuat satu magik pada perlawanan menentang Indonesia.
*Pasukan Malaysia bergambar sebelum memulakan perlawanan menentang Laos.
Berikut merupakan hasil pungutan mata bagi semua pasukan :
sumber daripada OFFICIAL PAGE AFF SUZUKI CUP 2012.
p/S : Tak salah kan , kalau PEREMPUAN pun minat sangat-sangat pada bola. Chill k :) xx
wasalam.
4 comments:
Very nice blog...
hehehehe Mak Dara pun ada baca status diorang ni.. tiba tiba ada kenyataan baru dr mereka berdua dengar ceritanya sorang acc kena hack dan sorang lagi katanya fake acc.. hehe dah agak akan keluar kenyataan mcm tu kannn hehe
@arda irdawati a.k.a Mak Dara : laa, betul kea ? Macam itu kea? Seriously? Mana mak dara dapat tahu? Inilah asyik kena hack then orang lain jadi mangsa.
@Pemikir : Thanks :)
Post a Comment