Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



My mata like PANDA



Sejak kebelakangan ini, Myra perasan ada kesan hitam di keliling mata. Argggh! kelihatan huduh. Dah macam panda. Itulah, tidur lambat sangat. Since praktikal ini, tidur kurang dan tak cukup waktu. Tidur lambat then bangun awal. Teruk kan. Susah sangat nak tidur awal. Kalau Myra tidur awal ,mesti susah nak bangun. PELIK tapi BENAR. Tapi bila tidur lambat, Myra senang nak bangun. Cuma sikit penat lah. Yelah, badan ini dapat rehat sekejap jea. Ramai yang cakap, kalau tidur lambat ini senang dapat penyakit. Kemungkinan sistem dalam badan kita ini tidak dapat berfungsi secara teratur dan baik. 
8 JAM , tu jumlah jam yang sepatutnya seseorang manusia itu tidur. Tapi Myra? Less than that. Apakah akibat yang akan dapat jika kurang tidur.


48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar
LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Lagipun ada info-info yang menyatakan seperti berikut :
Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

  1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
  2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
  3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
  4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
  5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
  6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
  7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
  8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
  9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
  10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Bila Myra baca artikel ini, rasa takut sangat. Sebab, kebelakangan ini Myra rasa sesak nafas dan sakit dada. Mungkin ini adalah salah satu kesan akibat tidur lambat. Myra ada juga terbaca PETUA akibat
Payah atau Susah tidur 
Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.  
So after this nak cepat-cepat tidur walaupun tak NGANTUK. Kesihatan adalah KEUTAMAAN.


#YAWN! kbai. 





No comments: