Awak usha blog saya yea ;)

Korek apa yang korang nak tahu



Malaysia 4-1 Laos

Untuk entri kali ini, Myra ingin berkongsi kejayaan skuad pasukan HARIMAU MALAYA sebentar sahaja tadi . HM berjaya menundukkan LAOS dengan kemenangan 4-1 . 

Alhamdulilah. Syukur kepada yang Maha Esa. 
4 gol tersebut dihasilkan melalui 4 orang pemain ini :


*Gol pertama oleh Safiq Rahim 

*Gol Kedua di hasilkan oleh Safee Sali


*Gol ketiga di sumbangkan oleh Wan Zack Haikal.


*Gol keempat di sudahkan oleh khyril muhaimin.

Syabas ,Harimau Malaya. Ini ada satu permulaan yang cukup baik . Walaupun sebelum ini tumpas 3-0 di atas tangan musuh tradisi iaitu SINGAPURA. Ini tidak mematahkan semangat skuad bawah didikan K.RAJAGOBAL untuk terus berjuang dan berjuang. Kemenangan 4-1 ini memberikan Malaysia penambahan mata yang agak mendadak. Tapi untuk ke laluan separuh akhir bukannlah mudah bagi skuad harimau malaya. Kerana skuad negara bakala bertemu dengan pasukan GARUDA iaitu INDONESIA yang juga merupakan musuh tradisi. Indonesia sebelum ini telah seri dengan LAOS pada perlawanan pertama dengan hasil gol 2-2. Manakala menang 1-0 bertemu SINGAPURA. Ternyata laluan skuad harimau malaya semakin sempit barangkali. Tapi, keyakinan dan semangat yang di tonjolkan oleh pemain negara insyallah akan membuahkan hasil. Aamiin.

Namun di sebalik kemenangan yang diperolehi ini, ada jugak pihak yang tertentu mengambil kesempatan untuk membuat perjanjian yang akhirnya MEMAKAN DIRI SENDIRI. Gambar di bawah diperolehi melalui sumber TWITTER :
Post yang dilakukan oleh AZRIE ini sudah menjadi bualan hangat blogger-blogger malah sudah menjadi isu dalam kancah kehidupan masyrakat setempat. Kenapa lah masih ada lagi manusia sebegini. Ini lah yang di kata kan bercakap/menulis tanpa memikir kesan yang akan di perolehi kelak. Daripada membuat perjanjian sebegini rupa , adalah lebih baik kita membuat perjanjian yang lebih baik  seperti berpuasa sunat, bersedekah, solat sunat syukur. Bukan ini yang kita semua mahukan. Fikir lah secara relevan, wahai saudara seislam ku. Satu Dunia baca apa yang anda post kan itu. Tak rasa malu kea? Fikirkan kesan terhadap diri sendiri, keluarga dan yang paling mustahak, KESAN TERHADAP IBU BAPA. Jatuh air muka ibu bapa itu berpunca daripada anak-anak. Dan bangganya ibu bapa itu juga berpunca daripada anak-anak. Jadi, kita sebagai anak. Kenalah berfikir secara waras. Apa kesan yang akan Ibu bapa kita perolehi. Lebih-lebih lagi pandangan masyarakat.

Itu sahaja yang Myra bole berikan pendapat. Anyway, once again congrats to HARIMAU MALAYA. Teruskan usaha korang. Insyallah, kita akan mudah untuk mengalahkan Indonesia nati. Walaubagaimanapun, dalam kumpulan B. Malaysia masih berada di bawah Indonesia dan Singapura. Sama-samalah kita berdoa agar skuad didikan K. RAJAGOBAL mampu membuat satu magik pada perlawanan menentang Indonesia.

*Pasukan Malaysia bergambar sebelum memulakan perlawanan menentang Laos.


Berikut merupakan hasil pungutan mata bagi semua pasukan  :


sumber daripada OFFICIAL PAGE AFF SUZUKI CUP 2012.

p/S : Tak salah kan , kalau PEREMPUAN pun minat sangat-sangat pada bola. Chill k :) xx

wasalam.

Senyum. ketawa sorang-sorang.

Tengah duduk-duduk ini, tetiba Myra teringat pada zaman persekolahan. Nak ketawa bila teringat balik. Ada yang kelakar sangat kot, sampai Myra senyum sorang-sorang. Kawan-kawan semua dah berubah. Maksud Myra berubah dari segi penampilan. Yelaah, ramai yang makin updtodate dengan fesyen zaman sekarang. Comel-comel dan hencem-hencem mereka sekarang. Excaited nak jumpa face to face. 

Kenangan masa sekolah, especially masa Myra stay kat asrama. Tahun 2008/2009, di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (sekarang di kenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Johor) . Batch Myra merupakan batch teknik yang terakhir. Myra mengambil jurusan KEJURUTERAAN AWAM; konon-konon nak jadi engineer or arkitek satu masa nanti. Tapi jangan harap, sudah beralih arah ke course yang lain bila masuk Politeknik. 

Banking ouh Banking ,kau lah yang menjadi pilihan ku . Kenapa pilih banking? Jangan tanya kenapa. Actually Myra tak minta sangat kira-kira ini. Pusing kepala. Agak ANTI lah jugak. Tapi apa boleh buat, dah ini yang Myra dapat. Orang kata, walaupun kita tak berapa minat apa yang kita perolehi. Tapi dengan nawaitu yang baik insyallah ALLAH akan permudahkan jalannya. Aamiin. Thankyou sebab mengaminkan, sayang-sayang sekalian.

Korang-korang nak tengok tak PERBEZAAN muka MYRA dulu dan sekarang.



yang mana satu MYRA? -Nampak tak nama yang HIGHLIGHT tu. Nampak lain kan? Beza ke tak dengan yang sekarang? 

 Lain ke? Bagi Myra sama jea.Taktahu apa diaorang kata lain.

Bila teringat balik kenangan semasa di asrama. Terasa nak menangis, ketawa pun ada. Macam-macam pekara yang berlaku. Malam asrama, senam aerobik pagi-pagi, malam muda mudi, Jamuan tahunan, Solat hajat sebelum menghadapi espiem. Wahh time masa restu ilmu tu ramai yang menangis teresak-esak. Yelah mungkin masa itu ada rasa bersalah di atas kesalahan yang dibuat kepada tenaga pengajar. Tak fokus kat kelas, main-main masa belajar, ponteng kelas. Tapi Myra takbuat tau. hee.

Seronok bila bersama kawan-kawan. Tinggal satu sekolah, satu asrama. Hebat nya zaman tu. Tapi sekarang,masih sama lagi. Lagipun kat Poli Myra masih duduk hostel walaupun dah nak masuk semester 5. Suasana meriah dan happy bila duduk satu bumbung bersama kawan-kawan sekuliah, senior dan junior masih terasa. Alhamdulilah. Ini yang Myra harapkan. Hopefully, walaupun selepas ini Myra dah habis belajar nati. Kenangan duduk di asrama bersama rakan-rakan satu tempat belajar akan tetap menjadi kenangan yang paling MANIS.

Ini sahaja yang dapat Myra dapat sajikan untuk ENTRY kali ini. Nantikan entry seterusnya .Wasalam. xx

Sila LIKE page Myra:)

Untuk entry kali ini. Myra ingin share satu link, Sila tekan link di bawah ini :

Page Myra. Please do LIKE, okay . Thanks .


Myra mengharap sangat kerjasama dari awak semua. Segala info mengenai belog Myra ini akan di post melalui page ini. 




*Inilah rupa page Myra
 terima kasih banyak-banyak . xx

Teluk Ramunia

Assalamualaikum and Hello readers! Untuk entry kali ini, Myra nak share dengan you all apa yang Myra buad untuk weekend kali ini. Pada 24 dan 25 November, keluarga sebelah mak buad piknik together sambil bermalam di Teluk Ramunia. Ini untuk kali ketiga, kami sekeluarga datang ke sini. Still tempat yang sama. Maybe next time, kitaorang akan pergi cari tempat lain untuk berpiknik. Gerak selepas zohor dan sampai sana lebih kurang pukul 3 lebih. Alhamdulilah. Dalam sejam setengah dari rumah Myra. Sampai-sampai je terus tengok chalet yang telah di booking terlebih dahulu oleh kitaorang. 4 chalet di conquer oleh kami anak beranak. Tamak tak tamak?Hee.Itu korang sendiri boleh fikir. Penginapan di sini agak murah ; RM 90 for one room/one night. How's so CHEAP, right? Haha. Makanan? SDN BHD punya. Rumah mari. Hand Made, you all.

After dah sampai je, dah tengok bilik, dah angkat barang dah taktahu nak buad apa. Sebab that time, family Myra and family Mak Ngah yang sampai dulu. So kene tunggu lagi 4 family ; family Mak long, family Mak Uda, family Pak Anjang and family Tok Man. Baru lah HAPPY FAMILY, tak gitu :D 

Dalam satu jam tunggu baru lah cukup 6 family di sini. Sampai-sampai je diaorang terus tengok bilik and angkat barang. Dah selesai angkat barang apa lagi. Kita ke pantai. Bukannya untuk mandi manda, tapi ambil gambar. Teringin nak mandi , tapi apa kan daya tak cukup syarat. PERIOD TIME -.- sedih yang teramat sangat. Haiyaaa. Taknak lah sedih-sedih ni. Kita kena HAPPY, Datang sini untuk melupakan stress sebentar di samping meluangkan masa dengan BIG FAMILY. Hehe. 

Untuk maklumat awak-awak semua, cousin-cousin,aunty-aunty Myra ni memang suka bergambar. Termasuklah Myra. Nak buktinya? Ini buktinya. Nah amek ! :D

LIYANA and AFIFAH.

ALAMAK, TOLONG KAMI TERPERANGKAP ! 

MYRA here! I LOVE THIS BACKGROUND.


MY LIL SISTER; AIMUNI, MYRA AND AFIFAH-
MASING-MASING CUBA YANG TERBAIK UNTUK BUAD MUKA.

EMPAT REAKSI MUKA MASING-MASING. 

AFIFAH AND MYRA. HAI!

UNDER INI POKOK KELAPA , I WILL WAIT FOR YOU. hehe :SIAPAKAH?



LOVE THIS PICTURE VERY MUCH; LIYANA, MYRA AND AFIFAH. Thanks To AIMUNI for THIS GREAT SHOT.

Meet Liyana and his lil bro ; FARID.

Sebelum terjun ke laut, Kita bergambar. Meet My beautiful lady-
Tok Ana, My MUM, Mak Long, Mak Uda, Mak Ngah ,Liyana, Nadiah, Anisah.

Family TOK MAN ; Tok Hanna & Tok Man. Tok Hanna & Alep ; Actually ada lagi 2 orang .

Mak Uda & Pak Uda : Romantik sungguh .


Family Pak uda; Liyana , Mak uda, pak uda & Farid. Ada lagi tiga orang.
Meet My mak and My face after bangun dari tidur :D

Meet My moyang.
*tetiba teringat kat arwah nenek. 

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat di ambil. Ada banyak lagi. Tapi tak terdaya nak upload semua.Seronok memang seronok. Sampai tidur pukul 3 pagi then bangun kul 6 :50. Seronok dan agak kengantukan disitu. Hanya 3JAM sahaja. Then bangun je dari tidur terus pergi pantai. Dengan muka yang agak serabai , Hentam je Myra. 

Dalam pukul 12 lebih, kitaorang beransur pulang ke rumah masing-masing. Balik awal memandangkan hujan turun , so confirm2 lah takdapat jenjalan kat tepi pantai. Tapi still ada yang berani mati , mandi kat laut time hujan .Well done. 

Sampai di rumah dalam pukul 2:11 petang,letih sangat-sangat. Esok dah kena kerja (praktikal) . Come on, Myra. Lagi DUA MINGGU je lagi. TRY YOUR BEST. 

MY WISH : Harap-harap Myra final report dapat disiapkan dengan secepat yang boleh dan memperolehi keputusan yang cemerlang untuk PRAKTIKAL , Aamiin. -Thankyou for your dhua. Alhamdulilah. Syukran.

Sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. Insyallah kita akan bertemu untuk entry seterusnya. Take care you oll. Thanks for read and landing here. :XX




Hati Perempuan.

Duhai Perempuan, mengapa kita terlalu lemah? Myra selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.Jangan sentuh hati seorang perempuan tu,kalau tak betul-betul nakkannya. Hati perempuan lembut, lembut sangat. Sekali tersentuh akan berparut selamanya. Jangan sesekali kata cinta, kata rindu kalau tak betul-betul nak jadikannya permaisuri hati. Jangan cemarkan hati perempuan yang betul-betul tulus ikhlas merindui, mencintai & mengharapkan sesuatu dari lelaki. 


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut.Antara Lemah dan Lembut. Terdapat besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinyaKerana lembut, wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, lalu wanita pun diam. Diam seolah-olah menerima.Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan. Sebab itu ada pepatah "HATI PEREMPUAN UMPAMA KERAK NASI, LETAK AIR AKAN LEMBUT JUGA" .

Dalam perhubungan juga ,First case perempuan memang senang JATUH CINTA. Bila seseorang perempuan itu frust, ada lelaki masuk jarum a.k.a mengurat. Memang cepat cair. Senang-senang dapat pengganti. Sebab itu cepat beralih arah. AWAS! Jangan terlalu memberi cinta dan harapan kepada perempuan.

Second case,Tak dinafikan, ramai perempuan bila difikirkan balik, memang PERLU benci dekat lelaki-lelaki yang suka sakitkan hati mereka and buat mereka menangis. Tapi SUSAH nak jumpa perempuan macam tu kan? Jahat macam pun lelaki tu buat kat perempuan tu, sakit mana pun hati perempuan tu, kecewa mana pun perempuan tu dengan perangai lelaki tu, susah nak tengok perempuan tu berpaling arah dari lelaki tersebut. 

Sebab hati perempuan tersangat lah lembut. Kenapa lelaki kerap melukakan hati seorang wanita? Kerana mereka tahu, sesakit mana pun hati perempuan itu dengan mereka, perempuan tersebut akan sentiasa membuka pintu hatinya untuk mereka. 

Kenapa lelaki kerap melukakan hati seorang wanita? Kerana hati wanita tersangatlah lembut! Lembut sangat-sangat seperti coklat cair. Tapi kelebihan ini lah yang selalu manusia mengambil kesempatan ke atasnya. Kerana mereka tahu yang hati wanita ini tersangatlah lembut, lelaki kerap menyakiti hati wanita.Mungkin lelaki akan kata pekara yang sebaliknya . "Alaa, perempuan pun sama" . Tapi kita sendiri tak dapat menghitung air mata yang keluar dari mata seorang perempuan pun tak akan mungkin akan mengeraskan hati yang terlalu lembut untuk dikeraskan

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa seorang wanita menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab  sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda. Seseorang perempuan itu mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana awak. Apabia dia menangis di hadapan awak,Apabila dia menangis kerana awak,Pandanglah matanya.Bolehkan awak rasa apa yg dia rasa? Pernahkan anda CUBA untuk memahami apa yg dia rasa? Dia menangis bukan kerana dia lemah. Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati. Kesedihan yg di rasainya menjadi semakin berat untuk di simpan.

Perempuan ni bila dah menangis sampai tertidur dan nanti bila bangun dia dah lupakan semua perkara yang buat dia sedih. Dia akan tetap bangun dan tersenyum menghadapi hari baru. 
HATI PEREMPUAN ITU SEBENARNYA BUKAN LEMAH, TAPI IA TERLALU LEMBUT :') 










So for the conclusion, jangan mengubah kelembutan hati seorang wanita itu kepada keras. Kerana  pasti akan ada rasa menyesal seumur hidup bila hati lembut itu dah bertukar menjadi keras :)

Thanks for landing and reading ,readers . xx


MITOS and FAKTA.

Memang tidak dinafikan , dalam sesuatu perhubungan memang sakit jiwa ini melayan karenah sang jantung hati a.k.a arjuna . Sampai satu tahap kita tidak tahu macam mana nak buat apa lagi. Adakah dia serius dalam menjalinkan perhubungan ini? Kita (kaum hawa) tidak dapat mengagak dan menyelami hatinya. Entry kali ini Myra nak SHARE antara MITOS dan FAKTA tentang SI DIA.

Mitos : Lelaki dikatakan terlalu santai dan tidak terlalu mengambil berat sangat tentang si kekasih
Fakta : Sebenarnya si LELAKI ini sangat mengambil berat dan teringin mengambil tahu tentang diri korang,ladies. Mereka akan totally berasa sangat risau kalau ada apa-apa yang berlaku terhadap korang ;)

Mitos : Lelaki dikatakan CEMBURU BUTA , pendek kata pantang melihat ada orang lain mendekati dan cuba TACKLE kekasih hati nya.
Fakta : As usual yang kita semua tahu, CEMBURU itu TANDAnya SAYANG. Mereka bukan saja-saja nak CEMBURU sebaliknya mereka nak korang tahu kasih sayang mereka terhadap korang amatlah MELIMPAH RUAH. So ladies, jangan nak cepat melatah and bergaduh.
Mitos : Kebanyakkan lelaki kat luar sana digelar sebagai individu yang TAK MEMPUNYAI KOMITMEN dalam menjalinkan sesebuah perhubungan.
Fakta : Actually, lelaki tersangatlah komited terhadap perhubungan.Yang ini depends pada KEIKHLASAN seseorang lelaki itu.

Mitos : LELAKI ini SUSAH UNTUK MENGALIRKAN AIR MATA?
Fakta : Lelaki ialah individu yang paling mudah menjatuhkan air mata saat mereka kehilangan orang yang paling mereka SAYANG. Sekeras mana kerak nasi itu, kalau kena air. Pasti akan lembut jugak. Macam tulah dengan hati lelaki. Masing2 ada perasaan kan.

Mitos : Lelaki ini selalu dikaitkan dengan peragai yang TERLALU EGO dan SIKAP YANG TIDAK MEMAHAMI.
Fakta : NO,NO... actually lelaki ini bukanlah EGO sangat pun. Mereka macam perempuan juga. Ingin di manja,di pujuk  dan di fahami. Takkanlah dia je nak FAHAM kita. Habis kita ini ? Masing2 perlukan itu semua. So dont be selfish.


Mitos : Penampilan dan gaya dari segi menjaga kebersihan yang KURENGG.
Fakta : Mereka sebenanrnya merupakan individu yang sangat mementingkan bau-bauan yang wangi dan sentiasa ingin kelihatan OKAY pada pandangan mata semua orang. Jangan ingat perempuan je yang suka wangi2 ini.

Mitos : Suka mencari perempuan yang cantik dan HOT untuk di jadikan sebagai teman hidup.
Fakta : For your information , lelaki tidak lah teringin mana pun nak mencari pasangan yang cantik lagi HOT KEBABOMM. Sebaliknya, mereka menginginkan someone yang boleh menghargai mereka dan menerima mereka seadanya. Begitu juga dengan Perempuan :)

Ini semua sebenarnya terpulang pada diri lelaki itu sendiri. Masing-masing lebih suka menjadi diri sendiri . Am i right? kan. In relationship never and ever think NEGATIVE about your partner. Relationships aren’t perfect. Perfection is when you and I can go through anything and still stand strong together and the best person to talk to about the problems in your relationship is the person you are in the relationship with.




Thanks for reading, little hensem and pretty.

My mata like PANDA



Sejak kebelakangan ini, Myra perasan ada kesan hitam di keliling mata. Argggh! kelihatan huduh. Dah macam panda. Itulah, tidur lambat sangat. Since praktikal ini, tidur kurang dan tak cukup waktu. Tidur lambat then bangun awal. Teruk kan. Susah sangat nak tidur awal. Kalau Myra tidur awal ,mesti susah nak bangun. PELIK tapi BENAR. Tapi bila tidur lambat, Myra senang nak bangun. Cuma sikit penat lah. Yelah, badan ini dapat rehat sekejap jea. Ramai yang cakap, kalau tidur lambat ini senang dapat penyakit. Kemungkinan sistem dalam badan kita ini tidak dapat berfungsi secara teratur dan baik. 
8 JAM , tu jumlah jam yang sepatutnya seseorang manusia itu tidur. Tapi Myra? Less than that. Apakah akibat yang akan dapat jika kurang tidur.


48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar
LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. Agensi

Lagipun ada info-info yang menyatakan seperti berikut :
Menurut kajian, kekurangan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti:-

  1. Berbanding wanita yang tidur 8 jam sehari, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan kekurangan tidur. 7 jam tidur risiko meningkat 10%, 6 jam tidur risiko meningkat 20%, 5 jam tidur risiko meningkat 50%.
  2. Jika terlebih tidur contohnya 9 jam risiko juga meningkat sebanyak 38%.
  3. Setiap 1 jam kekurangan tidur setiap malam akan meningkatkan deposit kalsium dalam saluran darah arteri sebanyak 16%.
  4. 27% daripada mereka yang tidur kurang dari 5 jam setiap malam menampilkan plak berlemak  (atherosclerotic plaque) pada jantung.
  5. 11% daripada mereka yang tidur 5 hingga 7 jam setiap malam menunjukkan penyekatan aliran darah.
  6. Hanya 6% daripada mereka yang tidur lebih 7 jam setiap malam mengalami penyekatan aliran darah  (atherosclerosis).
  7. Tidur dalam jangkamasa yang pendek menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah pada kadar purata selama 24 jam yang menyebabkan sistem kardiovaskular berfungsi pada tekanan tinggi. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan jantung dan otak. Tidur yang mencukupi perlu untuk membenarkan jantung berdegup perlahan dan tekanan darah boleh menurun pada kadar yang sewajarnya untuk jantung manusia berfungsi.
  8. 24% individu yang tidur waktu malam yang kurang dari 5 jam lebih mudah mendapat stress atau tekanan melampau berbanding hanya 12% bagi yang tidur 7 hingga 8 jam.
  9. Semakin singkat waktu tidur seseorang , semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah obesiti.
  10. Berjaga pada waktu malam juga akan akan meningkatkan selera makan pada waktu malam dan ini akan mengundang pelbagai masalah kesihatan yang tidak diingini.
Bila Myra baca artikel ini, rasa takut sangat. Sebab, kebelakangan ini Myra rasa sesak nafas dan sakit dada. Mungkin ini adalah salah satu kesan akibat tidur lambat. Myra ada juga terbaca PETUA akibat
Payah atau Susah tidur 
Dapatkan buah pala. Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.  
So after this nak cepat-cepat tidur walaupun tak NGANTUK. Kesihatan adalah KEUTAMAAN.


#YAWN! kbai.